TERMOMETER DIGITAL DAN BBT CHART








CARA-CARA PENGGUNAAN TERMOMETER DIGITAL


1. Tekan butang ON atas thermometer sampai bunyi beep. Skrin akan display rajah seperti disebelah:


2. Kemudian skrin akan display suhu yang direkod kali terakhir.


3. Apabila bersedia untuk menyukat, letakkan termometer ditempat yang betul selepas tanda C berkelip.


Ciri-ciri termometer digital:


Certificate :CE,ISO13485,ROHS,REACH

Specification :30*18.8*8.6 mm

N.W. :9 g /pc

Material :ABS+stainless steel

Battery :DC1.5V(LR41/AG3)

Display range :32.0℃-42.9℃/89.6℉-107.6℉
Work conditions:10℃-35℃ / 50℉-95℉

Max. Error :±0.1℃

Application :Oral ,Armpit ,Anus
Digital increment:0.1 ℃/32.18 ℉

Time Response :60s (anus), 80s (oral), 120s (armpit)
Features :Beep alarm , memory function,auto power off



KELEBIHAN TERMOMETER

Termometer yang kami jual lebih MURAH kerana dibeli secara pukal Ketepatan termometer ini sama dengan termometer BBT berjenama lain. Kami sentiasa pastikan harga terendah untuk anda.

PENJAGAAN TERMOMETER


Termometer ini perlu digunakan dengan cara yang betul.Jangan diketuk/ dijatuhkan dari tempat yang tinggi. Baterinya sahaja perlu ditukar jika habis. Anda boleh mendapatkan bateri pengganti di kedai-kedai jam tangan.

MENGENAI KAEDAH CARTA BBT
Apakah BBT (Basal Body Temperature)?

Suhu basal badan adalah suhu rehat ketika anda bangun tidur pada waktu pagi tanpa turun dari katil, makan, minum atau pergi ke bilik mandi.

Apakah Kaedah Carta BBT (Basal Body Temperature)?


Kaedah membuat carta daripada catatan suhu basal badan untuk menjangka bila anda ovulasi/subur.

BAGAIMANA?

1. Setiap pembelian Termometer Digital kami akan sertakan sekali BBT Chart seperti dibawah.




2. Setiap hari anda perlu mengambil suhu anda pada masa yang sama secara konsisten (waktu terbaik selepas bangun tidur).


3. Anda boleh mengambil suhu anda dibawah lidah atau mana-mana tempat yang anda pilih, pastikan konsisten.


4. Simpan carta dekat dengan katil anda. Sebab kalau letak jauh, anda perlu bergerak mengambilnya dan suhu badan akan sedikit naik.


5. Mengambil suhu selepas sekurang-kurangnya tiga jam tidur. Cuba untuk mendapatkan tidur malam yang baik sebelum mengambil suhu anda.


p/s:) Jangan bimbang, jika atas sebab tertentu anda kurang tidur atau kerap bangun sepanjang malam, anda masih boleh mengambil suhu anda. Cuma letak nota sikit sebagai reminder:)

JANGAN

Jangan minum, merokok atau makan apa-apa sebelum mengambil suhu anda. Makan,minum dan merokok boleh menjejaskan suhu di dalam mulut

Apa yang perlu diperhatikan pada carta BBT anda?




Terdapat 2 Bahagian Utama


Bahagian 1 kitaran haid : Fasa Folikel/ Folicular Phase di mana suhu basal badan menjadi lebih rendah. Sejurus sebelum ovulasi anda akan mempunyai sedikit penurunan suhu..

Bahagian 2 kitaran haid:
Sekitar masa ovulasi, anda akan melihat peningkatan dalam suhu 0.1-0.4 darjah dan lebih selepas ovulasi. Setelah ovum dilepaskan suhu anda akan kekal lebih tinggi selama beberapa hari.


Perisian Mengira Waktu Subur

Selain menggunakan carta bertulis yang diberi di atas, anda juga boleh menggunakan perisian ini untuk megira waktu subur. Lawati

http://www.ovuline.com


RM 10

Caj Penghantaran

Poslaju RM6 (semenanjung) RM 8.30(Sabah) & RM 9.50 (Sarawak)

SELAMAT MENCUBA :)