STRIP UJIAN KESUBURAN @ OPK




Prosedur



1 Untuk menggunakan LH Ovulation test strip, anda hanya perlu mengisi bekas dengan sampel urin/air kencing.Celup strips dalam keadaan menegak. Keputusan akan muncul


dalam masa 2~5 minit.


2: JANGAN baca keputusan anda melebihi masa yang diberi.


Bagaimana Strip Ovulasi Tester mengesan peningkatan hormon LH?



Ujian ovulasi adalah ujian kualitatif digunakan untuk melihat jika terdapat peningkatan


hormon LH dalam air kencing.


Secara normal, LH (hormon luteinizing) akan meningkat secara mendadak di tengah-tengah


kitaran haid. Peningkatan LH mencetuskan ovulasi dimana telur dikeluarkan secara berkala


daripada ovari wanita yang subur. Pakar-pakar WHO menyatakan bahawa ujian LH adalah


cara yang paling dipercayai untuk mengesan ovulasi. Ovulasi akan berlaku dalam masa


24-48 jam selepas ujian didapati positif.


Apabila strip ujian ovulasi dicelup ke dalam spesimen air kencing, tindakan kapilari adalah


untuk menyerap spesimen dan membawanya ke zon ujian(T). Apabila hormon LH di dalam spesimen itu mencapai zon ujian (T), ia akan membentuk satu garis berwarna. Ketiadaan garis berwarna menunjukkan keputusan negatif. Jika terdapat garisan, keputusan mungkin positif (sila rujuk penjelasan di bawah). Sebagai prosedur kawalan, garis berwarna akan muncul di zon kawalan (C), jika ujian telah dilakukan dengan betul.


Ujian mengesan ovulasi ini memberikan tahap keberkesanan yang tinggi untuk membantu anda menentukan kehamilan kerana alat ini dapat menentukan tempoh bahawa telur dan


sel sperma akan bertemu dalam keadaan yang terbaik.


Ovulasi boleh menjadi tidak teratur kerana keadaan emosi,pengambilan ubat kesuburan


dan faktor-faktor lain dalam kehidupan anda. Anda tidak boleh menganggap bahawa ovulasi


sentiasa berlaku pada masa yang sama setiap kitaran haid. Oleh itu anda perlu menguji sekali lagi dalam setiap kitaran haid.


Anda juga mungkin perlu menggunakan LEBIH daripada satu strips untuk mengesan hormon LH pada setiap kitaran haid. Kebanyakan strips ovulasi difarmasi mungkin agak mahal untuk dibeli dalam jumlah yang banyak. Dengan LH/Ovulasi Tester Strip kami, moga dapat memberikan anda lebih penjimatan.

~Tarikh luput: 24 bulan dari tarikh pengeluaran.



RM 1.20 SEKEPING


MINIMUN PEMBELIAN 10 KEPING

(BOLEH CAMPUR2 OPK & UPT)

Caj Penghantaran
100 ke bawah > Poslaju RM6 (semenanjung) RM 8.30(Sabah) & RM 9.50 (Sarawak)

100 ke atas> Caj ikut berat barang